Tuesday, November 9, 2010

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS

Satu kursus Pemantapan Pemulihan Khas telah diadakan di SMK. Pekan Telupid.
Pada hari ini (10 Nov 2010) antara aktiviti yang akan dijalankan seperti:
 - Ceramah Pelaksanaan & Cabaran Pemulihan Khas di Sekolah
 - Ceramah Pengurusan Kelas Pemulihan Khas
 - Penyediaan RPH & RPI
 - Ceramah 5S


Pada keesokan hari (11 Nov 2010) semua kursus adalah berkaitan pengurusan Linus yag memfokus kepada murid Linus Tegar.

Kelihatan beberapa orang guru yang mengikuti kursus dengan tekun.








Penceramah Jemputan daripada PPD Kudat
En. Mohd Khuraini
Membincangkan tentang Konsep Pelaksanaan 5S (KAIZEN)


 Penceramah daripada Wakil PPD Ranau En. Kamil
dan Pegawai PPD Tongod (Telupid) En. Julius



Jurulatih Utama Pemulihan Khas Daerah Tongod (Telupid) En. Hildy @ Boy Albert

Thursday, October 21, 2010

Seramai hampir 20 orang guru pemulihan khas daerah Tongod (Telupid) menghadiri mesyuarat pada hari ini. Antara agenda yang dibincangkan seperti:
1. Pengesahan minit mesyuarat lepas.
2. Menyertai Karnival Guru pemulihan Khas di Papar
3. Membincankan kursus pelaksanaan program Pemulihan Khas dan LINUS
4. hal-hal lain

Antara beberapa keputusan mesyuarat:
1. Agenda mesyuarat no.3 akan di adakan pada 9 - 12 November 2010 yang akan bertempat di PKG Telupid.

2. Membuat baju pemulihan khas (baju koprat).

3. Kutipan wang tahunan sebanyak RM50.00

4. Menghantar seorang wakil untuk pertandingan karaoke pada karnival Guru Pemulihan Khas di Papar (Cikgu Hamsa - Sk. Minusuh)

5. Lain-lain (tak sempat tulis)

Bonus : 2 orang guru pemulihan khas baru berkhidmat dalam daerah ini iaitu guru dari Sk. Pekan Tongod dan Sk. Kenang-Kenangan.Selamat datang dan selamat mengajar.





Tuesday, January 5, 2010

Modul & Kit P & P
















Pelan Tindakan Mengajar





Murid saya menghadapi masalah menyebut perkataan dengan betul. Mereka banyak dipengaruhi oleh pelat yang pekat. Saya menggunakan pelan ini untuk memperbaiki mutu sebutan menjadi baku.









Masalah tidak tahu membaca memang sukar diatasi. Tempoh yang saya ambil sangat lama kerana kekurangan pengalaman. Walau bagaimanapun, saya cuba menggunakan pelan ini dan kelihatan sedikit kemajuan yang agak cepat.









Pelan ini saya gunakan untuk mengajar murid bagaimana untuk mengenal huruf secara mudah dengan kaedah yang pelbagai.