alhamdulillah, blog dapat recover balik
harini 12 Mac 2025
jam 3:43pm
Wednesday, October 14, 2020
MEMBACA AYAT-AYAT MUDAH PERKATAAN KVKVKV
Hai kawan-kawan, harini saya ingin berkongsi satu video pembelajaan "membaca ayat-ayat mudah berdasarkan perkataan KVKVKV. Video pembelajaran bole klik DI SINI
Monday, October 12, 2020
KELAS PERTAMA SAYA TAHUN 2020
Alhamdulillah. harini PDPR yang pertama telah saya buat khusus untuk murid pemulihan saya. Ini adalah kali pertama saya mengajar pemulihan setelah lebih 2 tauhun saya tidak mengajar pemulihan. Murid pemulihan saya pun masih tidak bertemu lagi kerana selalu terkesat oleh Pendamik Covid-19 yang melanda.
Harini 12hb Okt 2020 saya telah memuat naik video PDP dengan tajuk "Perkataan KVKVKV" untuk murid tahun 2C. Semoga bermanfaat.
Friday, May 6, 2016
Lagu ABC
Maka itu, saya menemukan satu lagu ini juga daripada youtube dan yang mana saya rasa sesuai rentaknya dan mudah untuk diikuti oleh kanak-kanak lemah dalam pembelajaran. Saya memohon maaf dan keizinan kpd penerbit lagu kerana saya telah ubahsuai sedikit rentaknya di bahagian pertama lagu dan mengekalkan rentaknya di bahagian kedua lagu. Iniuntuk memudahkan kanak-kanak lemah pembelajran dapat menyanyikan bersama-sama lagu ini.
Bengkel Pengurusan Fail
Sistem rujukan fail adalah mengikut format berikut.:
xba2238 / 600 / 46 / 01
xba2238 = kod sekolah
600 = fail pemulihan di JPN
46 = fail pemulihan di sekolah (bergantung pada no fail setiap sekolah)
01 = No Fail Induk (no fail sehingga 08)
1. Terdapat 8 fail yang perlu diurus.
01. FAIL INDUK
- Carta organisasi
- Pekeliling
- Surat Menyurat
- Minit Curai
- Biodata Guru
- Perancangan strategik
- Pelan Strategik - 3 tahun
- Pelan tindakan - 1 tahun
- Modul Guru
- Modul Murid
- Manual & Instrumen Saringan Linus
- Minit mesyuarat kurikulum
- Minit mesyuarat Linus
- Minit mesyuarat panitia bahasa melayu
- Minit Mesyuarat panitia matematik
- Minit mesyuarat bimbingan dan kaunseling
- Keputusan saringan
- Analisis data saringan
- Headcount
- TOV
- Senarai nama murid linus tidak menguasai K1 & K2
- Profil murid
- Rekod / surat pemeriksaan doktor
- JPN
- PPD
- Sekolah
- Apa-apa aktiviti yang berkaitan murid dimasukkan dalam fail ini.
- Sekurang-kurangnya ada gambar dan catatan. tarikh dan masa.
- Semua hasil kerja murid difailkan.
- Jika terlalu ramai murid, digalakkan menggunakan poket fail untuk setiap murid.
- Ruang Bahasa Melayu
- Ruang Matematik
- Ruang Kinestatik
- Ruang Pengamatan
- Ruang hasil kerja murid
- Ruang Pengurusan
http://www.mediafire.com/download/5cxq2fikf8w82zk/INSTRUMEN_PEMANTAUAN_PEMULIHAN_2015_BARU.docx
![]() |
| Guru-guru yang mengikuti Bengkel Pengurusan Fail |
![]() |
| Bengkel disampaikan oleh Pn Azimah Setiausaha MGPK Tongod, Telupid |
Wednesday, September 30, 2015
![]() |
| Ronald Timius |
![]() |
| Leferency Lilip |
![]() |
| Juirin Julis |
Monday, March 9, 2015
Keliru dengan FONIK huruf
Demikian juga dengan vokal "e". perkataan "ikan" tidak dieja dengan menggunakan awalan huruf "e" sebaliknya menggunakan huruf "i". Sedangkan bila kita megeja "ikan" menggunakan huruf awalan "e-kan" menjadikan ianya lebih mudah. betul tidak? Akibatnya, nama huruf dengan bunyi huruf tidak sama. kita menyebut huruf "e" tetapi sebenarnya bunyinya mewakili huruf "a". kita menyebut huruf "i" tetapi sebenarnya bunyinya mewakili huruf "e".
Banyak lagi fonik huruf yang mengelirukan bunyinya. Secara peribadi, saya memuji fonik yang digunakan oleh Negera Indonesia yang menyesuaikan setiap huruf, dengan fonik dan sebutan setempat. Mungkin pendidikan kita terlalu banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan Inggeris. sehingga huruf-huruf yang kita sebut juga menggunakan sebutan Inggeris. Akibatnya, huruf "g" dan 'j" juga sukar dibezakan bunyinya. "Gigi" dan "jiji" kedua-duanya membawa bunyi "jiji". "Susu" dan "cucu" tetap saja berbunyi "susu" apabila dieja.
Sudah pasti ada yang pro dan kontra dengan permasalah ini. Terpulanglah apa jua kaedah yang anda gunakan dalam p&p. Bagi saya, saya biasa guna bunyi huruf, seperti huruf "g" saya sebut "gi" dan "c" saya sebut "ci". Mungkin ini salah dari satu sudut tetapi, sangat membantu murid untuk cepat membaca. Kerana yang diukur adalah membaca, bukan mengeja.
Saturday, January 17, 2015
Muridku LULUS 100%
Thursday, January 15, 2015
Tirai Kelas Tahun 2015 Dibuka
*sedih.. mungkin elaun pedalaman akan hilang.. :(
Monday, September 8, 2014
MURIDKU BAKAL BERENTAP ESOK
Hasil daripada keputusan ujian percubaan, beberapa orang murid ini bakal lulus cemerlang dalam UPSR. Semoga mereka berjaya dalam UPSR 2014.
Thursday, August 21, 2014
Rekrut Baru Murid Permata Gemilang
Teriakan, pekikan daripada "tarzan kota" ini memang selalu membingitkan suasana. bak kata orang, biasalah, ngajo budak-budak.. haha.
Monday, July 7, 2014
Kunjungan ke Sekolah Pendidikan Khas
Pada 19hb Jun baru-bari ini, saya (Guru Pemulihan Khas) dan Cikgu Vincent (Guru Linus) telah mengunjungi Sk.Pekan Tongod untuk mendapatkan maklumat pertukaran sekolah anak murid saya. Ini berkaitan mengenai 3 orang anak murid saya yang sebelum ini telah menjalani "outreach" di Klinik Kesihatan Tongod berikutan masalah dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, kami telah melakukan satu kunjungan ke Sk. Pekan Tongod untuk mengetahui prosedur kemasukan dengan lebih lanjut. Kunjungan waktu pagi ini ditemani oleh 2 orang ibu bapa murid saya yang turut serta. Sengaja saya menjemput ibu bapa ini supaya mereka dapat mengetahui lebih lanjut sekiranya anak mereka bersekolah di sini.
Hasil kunjungan, ibu bapa amat berpuas hati tentang silibus pengajaran yang telah diterangkan oleh Ckg. Mestan (Guru Pendidikan Khas). Walau bagaimanapun, faktor kenderaan telah menjadi masalah utama untuk menghantar anak mereka ulang-alik setiap pagi ke sekolah ini yang jaraknya sejauh 9km dari rumah berbanding sebelum ini yang hanya berjalan kaki ke sekolah.
Ckg Mestan telah memberikan beberapa contoh borang yang perlu dilengkapkan sebelum datang mendaftar. Pihak sekolah kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Sk.Pekan Tongod (Sektor Pendidikan Khas) kerana sudi meluangkan masa bagi pertemuan ini. Terima kasih.
Tuesday, May 13, 2014
Muridku menduduki peperiksaan
Hari ini 14hb Mei 2014, seramai 10 orang murid pemulihan khas saya mengambil peperiksaan pertengahan tahun. Antaranya ialah, Alexander, Calvelyryana, Viantikah, Alvienne, Elyanie, Evy, Nurul, Jesnita, Adeson dan Hendryus.
Subjek ketika ini adalah Bahasa Melayu kertas 1. Saya mendoakan agar mereka dapat menjawab setiap soalan peperiksaan dengan betul.
Thursday, March 13, 2014
Murid Pemulihan Khas Bersama FROG VLE
Wednesday, February 26, 2014
3 murid kiandongo menjalani rawatan "Outreach"
Setelah sekian lama merancang, akhirnya selesai juga pagi tadi..
3 orang murid pemulihan khas saya telah menjalani Outreach di Klinik Kesihatan Tongod.Doktor telah memberi saranan agar mereka dihantar bersekolah di sekolah integrasi pendidikan khas.
Terima kasih doktor, terima kasih juga kepada ibu bapa yang menyokong sepenuhnya tindakan pihak sekolah.. semoga masa depan kanak-kanak ini akan lebih terjamin dengan ilmu pengetahuan yang ada..












































